Kelas MS Word, Kempen Advokasi & e-Learning
8 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniKelas MS Word, Kempen Advokasi dan e-Learning ini telah diadakan pada hari Ahad, 7 Julai 2019 bertempat di Pusat Internet Bogag.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan penguasaan MS Word para peserta terutamanya dalam menghasilkan jadual menggunakan MS Word. Para peserta telah diberi tunjuk ajar menggunakan ribbon Insert untuk menghasilkan jadual. Selain itu, mereka turut mempelajari cara untuk memasukkan data seperti gambar dan teks yang dimuat turun dan disalin (copy) dari internet ke dalam jadual tersebut.
Selepas itu, para peserta dididik tentang panduan membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC yang sah dan cara melupuskan peralatan elektronik yang rosak dan tidak digunakan lagi dengan betul dan berhemah melalui taklimat dan tayangan video advokasi Check Your Label dan Mobile e-Waste yang dijalankan.
Akhir sekali, para peserta turut diberi pendedahan kepada pembelajaran secara atas talian iaitu e-Learning melalui kuiz advokasi dan pelbagai subjek pelajaran yang diadakan melalui laman web www.kahoot.com disamping dapat menarik minat mereka untuk belajar menggunakan ICT.
Kelas yang berlangsung selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini telah dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: